Friday 6 May 2011

apakah sebenarnya minyak kelapa dara?







Kajian ke atas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara Barat sejak tahun awal 1930an lagi. Kebanyakan kajian dilakukan ke atas penduduk di Kepulauan Pasifik diman kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar-pakar tersebut merumuskan bahawa kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif ke atas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami masalah penyakit kronik seperti jantung atau kanser.

minyak kelapa dara adalah minyak yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamnnya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya.






No comments: